Friday, December 11, 2009

GEMPAR!!! DARAH HIJAU???!!!

aktiviti skang nih sungguh menduga betul... nyaris2 ada perasaan fedup ngan segala aktiviti yg berat nih. baru2 ni ada eco challenge yg sememangnya menduga kekuatan mental para kadet. mana x nya, dah la jalan die HARAM punya ssh, hadiah plak dagger yg memang menjadi pride kepada sesiapa yg dapat pakai, malah status batalion diraja pon dipertaruhkan dengan acara 2....

kedudukan mata batalion sebelum eco challenge:

1.kasturi-16
2.lekir-15
3.jebat-14
4.tuah-9
5.lekiu-5

kedudukan 3 yang teratas 2 mmg sengit btl... harapan mmg ada, tapi kena la perform waktu eco challenge... huhuhu... penerima anugerah batalion diraja akan pakai line yard kuning diraja untuk setahun 2. mestilah semua nk menang. huhuhu...

semua batalion training mcm nk mati. macam 2 la last hari die nk hidup. sampai malam sebelum race pon ada lagi yg berlari. huh!! memang btl2 bersemangat tol nk menang bdk2 nih... sampai mcm2 kecederaan la terjadi sebelum race. ada yg terseliuh, ada yg sakit lutut.

maka, bermula la race tersebut seawal 8 pagi... penat die bukan men. berlari laju2 pon, sedar2 kasturi dah dapat kejar. mau x gelabah bdk2 lekir. makin lajukan langkah la... menembak pon sume nk target btl2, x mau kalah ngan kasturi...

bila hadiah diumumkan, satu habuk hadiah pon x dapat untuk acara eco... tapi bila batalion diraja diumukan, peh!!! LEKIR menang wei... so kepada bdk2 LEKIR, tahniah!! aku berbanggan menjadi sebahagian dari lekir...

kami wira batalion lekir,
berikrar akan terus maju,
pantang mengalah pantang undur kalah,
berjuang terus mara...

hijau murni warna kami,
naga gagah simbol kami,
batalion DIRAJA MILIK kami,
once lekir always lekir...

kami lekir berdarah hijau,
untuknya kami berbangga,
sumpah setia ikrar perwira,
KAMI LEKIR BATALION DIRAJA
KAMI LEKIR BATALION DIRAJA....

Wednesday, November 18, 2009

baru2 nih aku tengok citer INGLORIOUS BASTERDS.. ulasan yang aku bagi adalah aku berasa sungguh KECEWA. jauh api panggang dari api, jauh punggung dari lubang jamban. x bersesuaian langsung tajuk cerita yang gempak ibarat dia lah paling ganas dalam dunia jika crita yang dijangka penuh aksi, hanya penuh cakap2 jer..


INGLORIOUS BASTERDS yang sememangnya BASTARDS

dengan cerita yang selama 2jam setengah, aku telah membazirkan masa untuk m'copy dan m'nonton crita yang terlalu lah bangang 2. sakit je jiwa setelah aku menunggu sehingga abis crita hanya untuk melihat 2-3 kali letupan bom di akhir crita. memang tidak berbaloi sungguh. aduh...


konon ganas, tapi habuk pon x dak

crita yang berada dalam senarai MESTI TONTON yang aku tampal dalam tandas adalah crita 2012. diharapkan critanya menarik dan banyak aksi. dengar2nya crita tu blockbuster. hope ok la crita 2. jgn jd blockbasterd sudah...


diharapkan crita ni gempak skit... looking foward to it...

Saturday, November 14, 2009

hARi aHAd x dA oUTinG...

bulan2 exam nih mmg x bleh nk outing, apekan lagi cuti. maka ramai la diantara awek2 kadet nih akan berkunjung untuk melampiaskan rindu dendam mereka. tak ketinggalan awek aku. hoorey!! lagi sejam stengah, setelah die gi BLOW rambut n beli KFC, die akan sampai. peh...

3minggu kot x jumpa. masing2 asik bz jer. nasib bek la die nih jenis sabar n paham. senang skit nk melayan kerenah. pas nih aku nk mandi, nk pakai wangi2, baju iron tajam punya and of course yg paling penting gel di rambut. huhuhu....

kepada zaibo... tido la ko sorg2 kt bilik. aku ada date rini. hahaha... padan sama muka loe...

Monday, November 9, 2009

x payah la baca, buat sakit hati je nanti...

sunyi malam yang menenangkan jiwa membuatkan hati teringin menjadi jiwang. sejuk malam nih. aku diselubungi selimut sambil jari jemari menekan-nekan papan kekunci laptop acer aspire 4736G milik aku. ahh.. apa gunanya aku beli laptop dengan koperasi kalau aku nak simpan dalam peti. terasa terbazir jika aku x memaksimumkan penggunaan laptop nih sebab bulan-bulan koperasi potong duit gaji aku. aku seharusnya berterima kasih kepada koperasi kerana benarkan aku beli laptop secara ansuran. terimakasih koperasi...

aku masih lagi menekan-nekan kekunci laptop tanpa memikirkan motif aku menulis entry ni. aku berasa sungguh tenang, mungkin suasana malam ditambah pula acara sejam bergayut bersama yang terchenta membuatkan aku rasa sebegini rupa. ditambah pula lagu jiwang yang kuat dipasang oleh rumate aku menggunakan speaker edifier dia tnpa memikirkan perasaan orang lain yang mau tidur itu menambahkan rasa karat aku.

jika diberikan ku satu peluang,
apa yang aku impikan,
pulihkan segala kesilapan.

jika diberikan ku satu peluang,
kembali ke masa silam,
kan ku pilih ke masa itu...

ntah kenapa rumate aku memasang lagu karat sebegini. mungkinkan die memerlukan peluang lain? peluang apa yang die mahukan? ah!! kenapa mesti aku menyibuk dengan kehendak dia? biarkan dia dengan peluang dia.

aku sudah bosan dengan perjalanan hidup sebegini. tidak sabar aku untuk menanti detik-detik aku dibebaskan dari penjara butik ini. bukan aku benci dengan kehidupan asam garam sebagai kadet, tetapi tempoh 4 tahun itu terasa begitu lama. tringat semasa aku memilih untuk masuk ke universiti butik ini. "along... pergi la UIA, kan along dapat course engineering kat sana, kenapa nak ambil course pengurusan kt atma?" "papa nk ke tengok along bungkus kat UIA? kalau dekat UIA komfirm along akan main-main. kalau kat ATMA at least along x bebas sgt..." balas aku kepada bapaku 3 tahun yang lepas.

tapi aku bangga dengan keputusan yang telah aku buat. aku begitu yakin kalau UIA menjadi pilihan aku, sudah pasti aku akan bungkus kain dan bersiap sedia untuk menjadi penganggur seumur hidup. cuma aku sudah bosan dengan penjara ini. tidak sabar rasanya untuk menjalani latihan tahun akhir seperti senior-senior aku sekarang. walaupun akan letih semasa latihan, sekurang-kurangnya itu apa yang aku minat. memang aku benci membaca. benci belajar. aku mahukan aktiviti luar. yang menggunakan kudrat dan keringat. belajar adalah sesuatu yang bosan.


sudah ku kata jangan baca....

teringat kenangan semasa di jugra. sindiket aku yang mengandungi 10 orang termasuk juga rumateku melalui latihan compass marching. kami begitu bersemangat sehingga tidak mahu tidur, malah bernekad untuk menghabiskan perjalanan kami pada malam itu jugak. tidak terkira bertapa banyak longkang dan parit aku telah masuk. berapa kali aku tukar stokin pon dah x ingat. sehinggakan paklang dan rakan-rakan sindiket yang lain terpaksa mempertaruhkan tangan mereka dari dipatuk ular hanya untuk mencari seketul bateri radio set yang terjatuh kedalam parit bersama-sama aku.

teringat juga akan hadiah yang telah kami terima akibat dari menjadi sindiket pertama yang sampai ke checkpoint terakhir. hadiah berupa gulingan turun dan naik bukit yang telah dihadiahkan oleh jurulatih tidak mungkin ku lupakan. terima kasih jurulatih sekalian kerana telah menyebabkan aku mabuk secara percuma. tidak cukup dengan gulingan, kami diberi juga hadiah yang lebih istimewa yang tidak dapat ditulis di dalam blog ini kerana ianya begitu sensitif kepada kami. biarlah hanya sidiket kami yang tahu apa yang telah terjadi di kaki bukit jugra.


mungkin sekali korg terasa seperti ingin menendang aku tepat di muka di kala membaca entry bodoh ni...

kepada ahli sindiket aku masa itu, entry ini hanyalah secebis kenangan kita. banyak lagi yang terjadi semasa di jugra. tidak sabar aku untuk melalui latihan akhir yang sudah pastinya menjanjikan hadiah yang lebih hebat berbanding gulingan. semoga aku mampu untuk tempuhi cabaran itu.

kepada yang terbaca entry ini, nasib korg la. sapa suh baca kan? hahaha...
kepada ahli sindiket aku, entry ni khas untuk mengenang secebis kenangan.
to my chenta, i love u... huhuhu.. (sempat lagi interframe nih)

Sunday, November 8, 2009

baca la lau brani....

perempuan... ntahla... topik nih mesti best lau nk dibincangkan. sementara otak aku ngah rosak nih, bek aku meluahkan saja ape yg aku rasakan tentang perempuan. skang nih ssh btl kn nk dapat pompuan yg bek. pompuan slalu ckp laki curang, tapi news flash 4 all u gals... POMPUAN pon CURANG jugak beb.

berdasarkan pengamatan dan pemerhatian aku ke atas tikus2 putih yakni bdk2 kadet UPNM, kebanyakan dari mereka clash sbb kena tinggal. x percaya?? tengok saja mcm ner member bek aku sendri termenung bila awek die menyepi tnpa kata. tau2 je dah ada balak len. sian seh... menung jauh... malam tengok bulan, siang tido, bila mlm tgk bulan lik... aduh... rasa sian plak tengok member aku 2.

serius la... u gals cakap laki yg curang. di labelkan plak askar ni jahat, x setia. kamon la. semua ke mcm 2? ni la kalau korg blaja dalam class Dr. Teh, criminology, dia ada ajar tentang social proses teori, di mana di sub-teorikan lagi, labeling theory. dalam teori ni, die kata, kalau seseorg 2 dilabelkan jahat, dan semua org kata die jahat, even kalau die x jahat, then die akan jadi jahat.

same goes dalam konsep nih, gals cakap guy curang, guys jahat, x setia. even yg dah kapel pon x percaya kt bf die, still nk berprasangka buruk. then chances untuk ur bf curang akan meningkat. dalam pikiran dia "ah!! aku x curang pon tuduh aku curang, bek aku curang"...



cuba la semua kaum2 mak kiah nih buka mata, buka minda, tengok sendri sekeliling. does laki saja yg curang? jarang kita dgr citer gals yg curang becoz guys dont care. lantak la lau awek die curang. so what? cari len. but when guys curang, riuh satu kampung. abis kalau leh die nk bagitau imam, bilal, polis, tok ketua kg, tok batin, jiran2 x yah cakap la, sume org tau laki ko curang.

actually, cara yg betul untuk bercinta adalah with trust. when i say trust, then real trust. jgn cakap dimulut, tapi hati x. biarkan bf/gf korg nk kuar ngan member2, enjoy. die need time with frends gak. ni bf br kuar ngan kawan, abis sume kawan bf die, die col. konon nya nk komfirmation la nih.

to guys plak... jgn ingt sume pompuan bertudung adalah bek, dan pompuan x bertudung x bek. kdg2, pompuan yg x bertudung nih lebih setia dari yg bertudung. serius giler tahap gaban punya aku cakap nih. try la nilai sendri. jeling kiri kanan. then buat analisis. sbb aku cakap nih base on my experience. but, aku x kata sume yg bertudung 2 jahat plak. dont salah anggap k?

to: my chenta,
ngee... u are the best, and i really love u so much....

Friday, November 6, 2009

lawak bodoh di ari sabtu....

pak pandir n mak cik kiah adalah suami istri yg tinggal jauh di pedalaman. pedalaman ulu jauh giler yg x da banggunan len. x pernah tengok dunia yg dah maju skang nih. x da tv, x da peti ais, apakan lagi piring astro.

pada suatu ari, datang jabatan kebajikan masyarakat melawat diorg n bagi skit duit sbagai belanja. kemudian jabatan masyarakat 2 bawak la pasangan suami isteri ni pergi keluar dari pedalaman 2 untuk melihat dunia luar dan berbelanja duit yg diorg dapat tadi. so pak pandir n mak cik kiah nih bershoping sakan la.

pak pandir kemudian ternampak cermin kecil yang saiz tangan 2. ala.. yg biasa pompuan pakai buat makeup letak dalam beg 2 la. kali pertama pandang cermin 2 die dah jatuh cinta, lantas membeli cermin 2.

sejak dari 2 pak pandir asik tengok je cermin 2. pagi petang siang kecuali mlm, sbb mlm diorg x da lampu, x nmpk la tgk cermin 2.kadang pak pandir bercakap ngan cermin 2. "mcm muka bapak aku masa muda2 dl la..."

mak cik kiah x berapa senang ngan kelakuan pak pandir. lantas pada suatu hari, ketika pak pandir tiada di rumah, mak cik kiah gi la usha cermin 2. then mak cik kiah cakap, "pompuan mcm nih yg suami aku suka??"...

Wednesday, November 4, 2009

degree keje sapu sampah...

ramai siswazah2 skang nih yg menganggur. aku duk tgk member aku duk umah je ulang alik interview kerje. dari 1 intervbiew, ke 1 lg. still da same. dah mmg x ada keterampilan 2 buat la gaya x da keterampilan. ni keje nk milih. nk yg gaji tinggi2. sedor la skit, fresh graduate mana nk dapat gaji tinggi wei...

pengalaman 2 x da. people prefer pengalaman dari degree korg 2. yg ada degree 2 ramai, but not all degree holder leh wat keje. btl x? ada degree yg kerja die meniru je spanjang study. plagiat sana sini. then claim ada deg, nk gaji tinggi, kerja bgs2. life is not that simple. nk dapat sumthing, u kena mula dari bwh. even sebawah tukang sapu. at least kerja die mulia. gaji halal.



sumtimes aku x paham jugak. kenapa tenaga kerja buruh skang nih ramai dari Indonesia. x cukup ke rakyat kita untuk jadi buruh? or sume rakyat kita blgak bagus je x mau jadi buruh. persoalannya, hina ke seorg buruh? x halal ke gaji lau jadi buruh?

huhuhu.. but x da la aku mksdkn degree holder kena jadi tukang sapu, or buruh. yg aku mksdkn, degree holder, jgn milih sgt keje korg. bila dpt post, but gaji kecik, smbar je dulu. keje dl. Tuhan dah bg rezeki kt situ. mungkin itu permulaan bagi kisah idup yg lebih better. mana tau arini ko office boy, 15 thn lagi ko CEO syarikat yg sama. kita x tau rezeki kita. so trima je ape yg ada dl, then kita biarkan masa, n usaha kita menentukan segalanya.



dalam idup mmg perlu bnyk bersabar. aku x dapat nk merasa kesusahan org mencari kerja, sbb aku kuar2 dah dapat kerja as military personel. tp itu x bermakna aku x bukak mata aku ke dunia luar. kita kena ingt, kalau kita rasa kita ssh, ada lg org yg lg ssh. kalau kita rasa kita senang, ada org lg senang. so live ur life to the fullest, n never regret the path u have taken, sbb semua 2 adalah rezeki masing2. sapa yg dont agree with me, sila la komen k?

Monday, November 2, 2009

gENg 4 seRaNGkaI

kt sini aku nk kongsi skit la pengalaman masa sek aku. waktu 2 aku br jer pas kena tukar sek dari serting ke terendak. actually, trendak 2 sek asal aku. aku kiranya pindah dari trendak ke serting then kembali ke pangkal jalan whick is trendak. masa 2 sibuk aku carik gang. sapa la yg sekepala ngan aku. selaku budak2 nakal aku trus merujuk kepada perokok tegar yg ada kt sek 2. biasanya yg isap rokok nih bdk2 nkl je kn? huhuhu... 2 my suprise, trendak yg dulu dipenuhi oleh bdk2 nakal sume bertukar wajah jadi good boys. ada 3 org sajer yg merokok!!! bleh menang anugerah sek terbaik peringkat mrsm se-Malaysia nih.

so aku pon berkawan la ngan 3 serangkai nih. SANAP,SHAPE and GRUNG... my best buddy nih. sume plak org negeri sembilan. sanap n grung org senawang, shape org rembau. aku plak kaum nomad yg berpindah randah. pernah la 6 tahun duk p.d. leh la lebel aku sbagai sebahagian n9 kot.


ni la geng 4 serangkai. dari kiri: sanap, aku, shape, grung



shape n grung

alkisah semasa bulan posa...

bdk2 trendak nih dibenarkan keluar tetiap ari gi pernama(kedai serbaguna bagi tentera) kt dalam kem trendak. in fact mrsm trendak pon mmg dalam kem 2. so x da la jauh mana pon. 5 minit jalan kaki sampai la. aku n da gang pon ape lagi, mengambil segala kesempatan yg ada la. keluar jalan2, beli juadah la konon. termasuk hidangan utama kami ROKOK cap WINSTON. masa 2 duit x da nk tibai DUNHILL. baik punya kitorang tong-tong duit beli 2 kotak. masa 2 nk kumpul duit beli sekotak pon bapak sshnya kn? yela.. belanja bapak ku bagi brape la sgt nk tmpung duit rokok aku 2. so kami menyahut seruan kerajaan supaya berkongsi. 1 MALAYSIA 1 ROKOK la jugak.

dengan hati yang senang n perut yg lapar rokok nih pon balik la. konon nk bersiap gi TERES TERATAI untuk bukak posa. masa nk balik 2 of course la kena lalu pakguard kn? kitorg plak jenis bdk2 agak otai la konon dengan selamba je rokok letak dalam plastik sekali ngan makanan-makanan untuk berbuka. pakguard 2 yg x pernah2 nk cek ape yg kitorg beli tetiba cek plak ritu. ceh.. nasib kurang bek nih.

pakguard: korg beli ape nih?

4serangkai: beli mkn la pakcik, x kn beli motor kot?

pakguard: seb bek la posa, soba yo la. aku dengar ko beli rokok. betul ke?

4serangkai: eish.. mana ado pakcik oi.. cek la lau x caya. (penuh kompiden)

pakguard: meh aku cek meh...

agaknya pakguard 2 cek pakai bulu idunbg kot, die bleh x nampak rokok kitorg. then die bagi balik. dengan hati yg berdegup laju, kami buat muke tenang n balik ke blok. on da way lik blok, pakguard 2 datang lagi, siap kejar nek motor!!! die cek lagi skali brg kitorg, then kantoi jugak rokok 2. aiseymen...

pakguard: ni ado rokok ni jang.

4serangkai: eh??!! td x do, tetibo yo ado.

pakguard: ah!! bak sini sume rokok 2.

4serangkai: mcm nih la. pakcik amik satu kotak, kitorg simpan satu kotak.

ceh!! sempat lagi nk nego ngan pakguard 2. hahaha... tapi malang tidak berbau harum, pakguard 2 ttp rampas dua2 kotak rokok kitorg.

masa bukak posa datang la ketua warden kitorag @ cg agama sek @ Ust Wahab...

Ust W: mana geng 4 serangkai??

4serangkai: sini Ust...

Ust W: aku dah bagi korg keluar beli mkn, korg beli taik plak!! celaka btl korg nih.

Ust W: lepas ni, no outing2. no bazaar2. semua skali. sume salah gang 4 serangkai nih.

Semu: ala ust... (dgn pandangan dendam terhadap 4 serangkai)


aku ngan shape bersama ust wahab kesayangan kami. huahuahua....

huhuhu... sampai rini aku rasa bersalah kt bdk2 len. sbb kitorg, diorg x leh gi bazaar. sorry la geng. x sengaja... jgn marah yerk?

saja2 jer... huhuhu...



Jauh ku menuju
Jauh sinar hijau
Kadang kini ku
Tiada hanya di tempat ku
Laju ku laju yang itu yang di tuju
Tujuh garisku kau akan kejar
Puteri la jagaku

Kerah ku berani melawan waktu
Aksi ku buat remaja hingga pinga detik terkelu
Daerah ini telah terpateri
Dalam lurah seni naluri hati
Mengalir dalam diri arah kiri ku berani mati
Segala angin lintang bersimpang mati
Terbakar obor terbuka api
Terus ku tak bertetapi tiada bertepi

Jauh ku menuju
Jauh sinar hijau
Kadang kini ku
Tiada hanya di tempat ku
Laju ku laju yang itu yang di tuju
Tujuh garisku kau akan kejar
Puteri la jagaku

Susur catur atur gerak kenderaan di ubah suai
Perisai di jadam pita
Tegak berdiri atau tepian pada teratak
Atau akur penuh ke semangat berkobar-kobar
Berobor gerak kejar mengejar genggam menggenggam tayar
Berkecam amuk menggempar litar
Nitrous oksida ligat membakar

Jauh ku menuju
Jauh sinar hijau
Kadang kini ku
Tiada hanya di tempat ku
Laju ku laju yang itu yang di tuju
Tujuh garisku kau akan kejar
Puteri la jagaku

Menentang nakut
Pada bahaya
Menentang nakut
Pada bahaya

Jauh ku menuju
Jauh sinar hijau
Kadang kini ku
Tiada hanya di tempat ku
Laju ku laju yang itu yang di tuju
Tujuh garisku kau akan kejar
Puteri la jagakuAddThis

susahnyer....

huh!! msuk ni dah dekat sebulan dah aku berurusan ngan Mr.K untuk beli kete. bukan aku punya kete. but untuk awek aku. lama giler. kata dl sminggu dah leh dapat kete. tp nih dah sbulan dah, loan bank pon ntah ape2 ntah.

bank nih pon satu. lau nk bagi org pnjam duit, bg je la. ni nk 2 la, nk nih la. ptt la ramai yg pnjam kt ah long. lg senang kot dengan ahlong. ngan bank nih bnyk kerenah. mula2 nk gerento, bila dah ada gerento, nk rujukan. dah bg rujukan, nk no tepon sana sini plak. dah bg no tepon, tetiba nk surat nikah plak. haih... mana nk cari surat nikah??

skang nih aku ngah mengkonsiderkan untuk cari dealer len untuk bli kete awek aku. mcm tipu giler je mr.k nih. aku rasa letih menunggu. maka hari ini, aku akn bukak mudah.com.my yg sememangnya mudah tu untuk cari dealer len. mudah ni pon, mcm mudah menipu org jer. ntah la. kerenah bank2 dan dealer2 nih mmg memeningkan pala. bukannya nk beli nissan celica or mitsubishi lancer baru pon. hanya nk beli seketul viva bagi memudahkan awek aku gi keje je pon..
kepada chentaque... sabar k? i'm trying my best la nih. x mau la gi keje nek teksi jak ari2. kering la duit nnt. bek dari byr teksi, byr kete bulan2 kn?

demang oh demang....

2200H-blok civil engineering

demang: cha....

nlab: oi mang!! pehal?

demang: cha, gua ada cadangan pasal lu punya blog la...

nlab: la... pe kes? hahaha...

demang: lepas ni lu bleh la letak resepi nasi lemak lu. pas tue nnt kostumer2 lu leh la komen psl nasi lu kt blog 2. cara!!

nlab: menarik gak idea ko 2 mang. bernas giler.

demang: pas 2 nnt lu leh la wat kesatuan nasi lemak plak kt blog lu.

nlab: meh sini aku nk amik pi ko meh. nk bg msk dalam blog atas cadangan bernas ko 2. (sambil mengeluarkan blackberry bold).

nih la demang yang aku cakap nih. die malu2 plak nk amik pic. aku x dan nk bkk flash, die dah lari plak. 2 yang pic gelap jer. siap ttp muka plak.

tapi btl jugak kata2 demang 2. ada mksd tersirat 2. bila dipikir2kn balik, nape la aku letak tajuk blog nih nlab? msti la org ingt blog nih pasal aku nk promote nasi lemak plak. sbenarnya nasi lemak 2 idea x sengaja. punya perah pala nk letak tajuk ape. tetiba ternampak nasi lemak. 2 yang aku letak tajuk nlab 2.

so jangan plak ada yang nk buat kesatuan nasi-nasi lemak sedunia plak kt sini.

chentaque :)



perkenalkan, my dearest...
nice looking, bek, memahami, setia, yet degil skit... huhuhu

pukul 6 punya crita

hello!! cha!! ada ns x mlm nih??- ayat yg aku dgr tetiap ari. asal kul 6 je org col, asal kul 6 je org col, asal org col je pukul 6. ceh... hp aku nih dah jadi alat penting untuk aku dan customer2 tersayang. pantang kul 6, msti ada panggilan. berbelas2 sms aku dpt "ado ns dop?".... huhuhu.. kalau mmg aku bkk kedai ns lemak la kn? aku dah pakai evo 10 kot. mana x nya.. ari2 aku jual abis. kdg2 x cukup plak 2... mmg rezeki. hahaha.... to all my dear customer, aku akan tingkatkn lagi perkhidmatan jual ns aku nih. hahaha... but bros.... ari ni x da la. dealer ada hal rini. sorry... hehehe...

N.L.A.B

welcome!!

salam/hye/bounjor/kongnichiwa!!!
macam2 cara kita boleh bagi greetings kn? berbeza-beza untuk stiap org. x kira la kulit die putih/hitam/ijau(hulk) or biru(smurf). tapi sume faham dengan 1 perkataan, HELLO!! diz blog is all about me and my thoughts. so lau sapa x suka, x pyh la baca. huhuhu....

why N.L.A.B?? stand for nasi lemak ayam berempah!! haha... x brapa nk tokey la, tapi into dis biznezz la katakan. sapa nk leh dtg mintak. limited to kadet je kot. neway, skang nih exam week... good luck to all yg amik exam. trutama to bdk2 strategic studies. senang je kot cos nih. ada yg kata bdk strategic melantung, tp diorg x tau yg kita ni smart kn?? hahaha...