Monday, November 9, 2009

x payah la baca, buat sakit hati je nanti...

sunyi malam yang menenangkan jiwa membuatkan hati teringin menjadi jiwang. sejuk malam nih. aku diselubungi selimut sambil jari jemari menekan-nekan papan kekunci laptop acer aspire 4736G milik aku. ahh.. apa gunanya aku beli laptop dengan koperasi kalau aku nak simpan dalam peti. terasa terbazir jika aku x memaksimumkan penggunaan laptop nih sebab bulan-bulan koperasi potong duit gaji aku. aku seharusnya berterima kasih kepada koperasi kerana benarkan aku beli laptop secara ansuran. terimakasih koperasi...

aku masih lagi menekan-nekan kekunci laptop tanpa memikirkan motif aku menulis entry ni. aku berasa sungguh tenang, mungkin suasana malam ditambah pula acara sejam bergayut bersama yang terchenta membuatkan aku rasa sebegini rupa. ditambah pula lagu jiwang yang kuat dipasang oleh rumate aku menggunakan speaker edifier dia tnpa memikirkan perasaan orang lain yang mau tidur itu menambahkan rasa karat aku.

jika diberikan ku satu peluang,
apa yang aku impikan,
pulihkan segala kesilapan.

jika diberikan ku satu peluang,
kembali ke masa silam,
kan ku pilih ke masa itu...

ntah kenapa rumate aku memasang lagu karat sebegini. mungkinkan die memerlukan peluang lain? peluang apa yang die mahukan? ah!! kenapa mesti aku menyibuk dengan kehendak dia? biarkan dia dengan peluang dia.

aku sudah bosan dengan perjalanan hidup sebegini. tidak sabar aku untuk menanti detik-detik aku dibebaskan dari penjara butik ini. bukan aku benci dengan kehidupan asam garam sebagai kadet, tetapi tempoh 4 tahun itu terasa begitu lama. tringat semasa aku memilih untuk masuk ke universiti butik ini. "along... pergi la UIA, kan along dapat course engineering kat sana, kenapa nak ambil course pengurusan kt atma?" "papa nk ke tengok along bungkus kat UIA? kalau dekat UIA komfirm along akan main-main. kalau kat ATMA at least along x bebas sgt..." balas aku kepada bapaku 3 tahun yang lepas.

tapi aku bangga dengan keputusan yang telah aku buat. aku begitu yakin kalau UIA menjadi pilihan aku, sudah pasti aku akan bungkus kain dan bersiap sedia untuk menjadi penganggur seumur hidup. cuma aku sudah bosan dengan penjara ini. tidak sabar rasanya untuk menjalani latihan tahun akhir seperti senior-senior aku sekarang. walaupun akan letih semasa latihan, sekurang-kurangnya itu apa yang aku minat. memang aku benci membaca. benci belajar. aku mahukan aktiviti luar. yang menggunakan kudrat dan keringat. belajar adalah sesuatu yang bosan.


sudah ku kata jangan baca....

teringat kenangan semasa di jugra. sindiket aku yang mengandungi 10 orang termasuk juga rumateku melalui latihan compass marching. kami begitu bersemangat sehingga tidak mahu tidur, malah bernekad untuk menghabiskan perjalanan kami pada malam itu jugak. tidak terkira bertapa banyak longkang dan parit aku telah masuk. berapa kali aku tukar stokin pon dah x ingat. sehinggakan paklang dan rakan-rakan sindiket yang lain terpaksa mempertaruhkan tangan mereka dari dipatuk ular hanya untuk mencari seketul bateri radio set yang terjatuh kedalam parit bersama-sama aku.

teringat juga akan hadiah yang telah kami terima akibat dari menjadi sindiket pertama yang sampai ke checkpoint terakhir. hadiah berupa gulingan turun dan naik bukit yang telah dihadiahkan oleh jurulatih tidak mungkin ku lupakan. terima kasih jurulatih sekalian kerana telah menyebabkan aku mabuk secara percuma. tidak cukup dengan gulingan, kami diberi juga hadiah yang lebih istimewa yang tidak dapat ditulis di dalam blog ini kerana ianya begitu sensitif kepada kami. biarlah hanya sidiket kami yang tahu apa yang telah terjadi di kaki bukit jugra.


mungkin sekali korg terasa seperti ingin menendang aku tepat di muka di kala membaca entry bodoh ni...

kepada ahli sindiket aku masa itu, entry ini hanyalah secebis kenangan kita. banyak lagi yang terjadi semasa di jugra. tidak sabar aku untuk melalui latihan akhir yang sudah pastinya menjanjikan hadiah yang lebih hebat berbanding gulingan. semoga aku mampu untuk tempuhi cabaran itu.

kepada yang terbaca entry ini, nasib korg la. sapa suh baca kan? hahaha...
kepada ahli sindiket aku, entry ni khas untuk mengenang secebis kenangan.
to my chenta, i love u... huhuhu.. (sempat lagi interframe nih)

4 comments:

  1. mana ada tiru, inspired by je. hahaha...

    ReplyDelete
  2. Hahaha...ye ar tu...

    sy br jek lpas bc cite awk ni..smlm bukak jek, tgk tajuk..adeh...huhu..nk sama jek..

    Kisah yg sblm ni pasal pompuan kecewakn laki tu, awk dpt ilham drp umet awk tu ke??
    "jika diberikan satu peluang"??
    ADuhai...

    ReplyDelete